Sunday, April 22, 2007

Mari Kita Berbahasa Melayu

Apa khabar, kawan-kawan semua?


Pos ini kini khas didedikasikan kepada pihak misteri (ya, saya pun tak tau siapa secara spesifik) yang telah memilih Tinki Talks ("Tinki Bercakap" tak sedap didengar) untuk meletakkan iklan mereka. Ribuan terima kasih saya ucapkan dengan hati yang ikhlas sampai putih-putih berseri.


Tak senang nak bertaip Bahasa Melayu.
Sangat lambat. Ish.


Sebenarnya, betul betul terperanjat aku bila nampak perkataan "LESEN MATI?" dalam blog (goblok?) saya pagi tadi. Diletakkan tinggi-tinggi lagi! Haha. Ingatkan apa ni cakap mati-mati. Pantang betul. Mana tau, topik sah. Mengenai lesen memandu pula! Waaa. Tiba-tiba saya terasa seperti Tinki Talks begitu bertanggungjawab kepada negara kita yang bersih lagi indah, serta cukup kaulat bertanggungjawab kepada populasi negara kita.


Kata akhir, ingat! Kalau belum tukar lesen memandu kamu lagi, sila berbuat demikian. Adalah dianggap tidak kool kalau ditangkap Polis Trafik ya. Tak kool langsung.


Dengan itu, saya ucapkan selamat tinggal buat masa kini. Tapi ingat! Pos ini adalah pos Bahasa Melayu. Oleh itu, pandai-pandailah dengan komen-komen kamu. Kita berjumpa lagi pada masa akan datang dan, pada masa itu, kita berbahasa Inggeris pula ya. Lambat aku nak taip Bahasa Melayu. Masa bagaikan wang, rakan-rakan sekalian. Masa bagaikan wang. (Cikgu kata kalau masukkan bak kata pepatah dalam karangan, pastinya boleh diberi markah lebih.)


Aiseh. Terror.

*ketawa*

Tinki Talks
boleh.


----------


Kira ok la kan? Tepuklah tangan sikit.
Sudah enam tahun tidak berkarangan, tau?

36 comments :

Jamie said...

at least you still know how to write....
ha... try me. i only know..
aku tak tau...

Anonymous said...

Whoa! Thats a good one... Really Geng! Hahaha =))continuosly laughing..

Leon said...

Cik Pam,

(hehe bukan pam minyak eh?)

Fuiyoh, goblok(?) ini terrer giler. Kau ni cina, tapi tulisan BM enkau berbunga-bunga. Terrer!

Syok jugak tengok pam ni berbahasa melayu. Sebenarnya, aku tengok kau pun gambar dalam friendster, serupa juga dengan awek awek Jawa indon.

Kalau pam start berbahasa Indon pula, fuiyohhh... dashyat! 100% bisa jadi awek Jawa. Ok dong?

estherlauderlyn said...

WAH WAH WAH PAM CEKAAAAAAP masih tau berbahasa Melayu ya? *pat atas bahu Pam*

Eh Pam apa pasal lu manyak hal hahh?? >=(

ok just wanted to say that. Missh you much!

Anonymous said...

fuiyoh ..gang berbahasa melayu dah bermula ni ...rindu betul nak berborak borak dalam melayu ... nanti cakap kacang lupakan kulit pula kalau tak latih ... maklum lah kini di negara orang cepat lupa hahahaha

supersara said...

SAYA PUN TAHU BERBAHASA MELAYU OKAY! DAPAT A1 LAGI TU. JANGAN MAIN MAIN.

sara sangat pandai, ianya menakutkan. maklumlah, sara itu pro. hahahahah.

susahnya type bm

ming said...

macam ini pun boleh...=_="

DelvC said...

Fu yoh!! (Iklan Digi)
bahasa melayu kamu punya sangat terhebat belaka lah ..

Leon said...

Semua tunjuk terrer ! haha

estherlauderlyn said...

HAHAHAHAH ini sangat mengentertainingkan! *ketawa terbahak-bahak*

Pam Song said...

ATTN: Jamie
– Eh eh eh. Kan sudah kata pos ni pos Bahasa Melayu? Apa ni Bahasa Inggeris kecuali tiga perkataan yang terakhir?! Teruk lah kau ni.


ATTN: adhojlim
– Ni pula lagi satu. Apa macam kamu munya BM?


ATTN: Leon
– Wa, tengok tu. Diberi gelaran Cik Pam lagi! Amboi!

Kan perkataan "goblok" kamu yang ajar. Haha. Ya memang. Aku pun rasa terrer sikit ketika balik membaca sekali lagi. Haha. *malu*

Eh eh. Aku ni budak Cina woai! Tak berdarah Jawa Indon langsung. Haha. Nasib baik kamu tak kata budak Korea. Saya pernah diberitahu bahawa muka saya mirip orang Korea. HAHA. Melucukan betul sampai aku ketawa terbahak-bahak.

Mengapa, dong? Tak bisa kalau tengok Pam berbahasa Indon?


ATTN: Esther
– HAHA. BARU KAMU TAU! Uh! Uh! Uh! =p (Alamak, baca balik, tiba tiba bunyi "Uhuh" itu semacam tidak betul sahaja. =p)

*pat* bahu saya? Eh, kawan. Perkataan yang sesuai adalah "tepuk".

Wa manyak hal? Haha. Tak suka gunakan bahasa rasmi negara kita kah? Malaysia Boleh.

Saya rindu kat kamu pun! Manyak manyak. Kita keluar, mau? Tapi jangan hilangkan diri lagi ya kali ini.


ATTN: zecount
– Haha. Baru kamu tau. Ingat tak pos yang kita saling berpuisi bersama Cik Tracy? Seronok tu. Kali ini, semua yang berbahasa Melayu. Bangga saya bila melihat pembaca menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini bila membaca "goblok"(?) saya.

Aiseh... Tengok tu. Jangan main-main. Zecount telah memasukkan bak kata pepatah!!! Terrer nye!


ATTN: supersara
– HAHA. Wa wa wa. Tengok tu! Nak tunjuk-tunjuk pula. Eh, kawan. Kan dah dapat A1, sekarang tiba masanya kamu beritahu apa markah saya bagi pos ini. Sampai tahap tak, Cik Pro?

Ya betul. Taip BM susah. Sangat lambat. Macam tangan spastik. HAHA.


ATTN: ming
– Di Tinki Talks, apa pun boleh. Selalu pakai tali pinggang dan genggam kerusi. Jangan jangan nanti terbang keluar dari kereta. =p


ATTN: DelvC
– HAHA. Kami rakyat Malaysia. Peeeerrrgggiii, Malaysia!

*buka tutup mata cepat-cepat*

Eh eh. Macam tak sedap didengar lah! Macam mana kalau nak kata "Go, Malaysia" dalam Bahasa Melayu?!

Pam Song said...

Eh eh! Tengah saya jawab, tiba-tiba Leon dan Esther beri komen! Haha. Ya ya. Syok juga ni. Haha.


ATTN: Leon
– Siapa yang tunjuk-tunjuk?! Kamu aje. Janganlah kuat cemburu, tak suka dan buat muka. (Tengok tu. Dalam Bahasa Melayu masih boleh berpantun-pantun.) HAHA.


ATTN: Esther
– Eh eh! Perkataan baru tu! Terrer. Siapa yang menjadi guru BM ketika belajar di sekolah?

ming said...

put on ur safety belt..pun on ur safety belt!

Pam Song said...

HAHAHA. Ingat pula saya lagu tu, "Put on your safety belt, put on your safety belt, care about your safettteeeeyyy!" Kasihan kita pada masa itu. Susah betul budak tu. HAHA.

Anonymous said...

tentulah ..macam si sara saya pun dapat A1 dalam bm tahu ...jangan main main *tunjuk belang* simpulan bahasa juga "terkeluar" hahahaha

aiyo ..sesi berpuisi itu buat otakku berasap lah ...susah betul berpuisi-puisi

adake perkataan "spastik"?? saya fikir paling dekat maksud kejang

"go Malaysia" Malaysia maju!!!

eh eh eh spiderman-3 dah tayang ke di malaysia? tak sabar-sabar nak pergi tengok ni

Pam Song said...

Si Sara. Haha. Lucunya.

Ok lah ok la. Budak budak A1 ni semua pandai-pandai belaka. Cukup? Haha. Kamu ni semua hendak tunjuk-menunjuk saja. Teruknya!

Tentunya boleh berpuisi. Sekadar memikir panjang sahaja. Kamu tidak memberi puisi itu sepenuh-penuh perhatian kamu.

Tentu lah ada perkataan "spastik"! Pergi rujuk Kamus Dewan. Tsk tsk. Betul kah dapat A1? =p

Saya rasa belum keluar kut, Spiderman 3 tu. Entahlah. Tanya Delvin. Dia yang kuat ikut filem filem terbaru.

MALAYSIA MAJU!

ming said...

aku juga dapat A satu...

hmmmm... saya ingat saya "lucky" saja la!

=p

mungkin emak saya kasih mereka minum kopi la...hahahaha

Pam Song said...

Haha. Eh eh, tak perlu malu-malu tau. Saya rasa dengan jelas boleh kamu lihat bahawa mereka yang kemari tak tahu malu punya. HAHA. Kamu boleh turut sertai geng mereka. =p

Anonymous said...

aiya minta maaf ...dah lama tak rujuk dewan bahasa dah... edisi terkini saya tahun 2000 hahahaha

eleh cakap orang lain tunjuk belang ...ada orang karang satu pos dalam bm pula ...entah siapa lah yang lebih menunjuk hehehe

Anonymous said...

HAHAHA...Dewan Bahasa Pam dalam pembikinan huh! Boleh cetak manyak-manyak di =)))

Pam Song said...

ATTN: Zecount
– Haha. Betul tu. Edisi Kamus Dewan yang ada pada saya pun dari masa saya dalam Darjah 6!!! Teruk lagi berbanding kamu. Haha.

Yang pos Melayu tu bukannya untuk tunjuk "power" akan tetapi ianya merupakan satu cara saya tunjuk bahawa saya mencintai negara saya. Tsk tsk. Belajarlah sikit.


ATTN: adhojlim
– Hmmm. Cetak kamus saya sendiri? Seronok kalau begitu. Saya nak!

Anonymous said...

eleh buat alasan saja .. tentunya ada udang di sebalik batu ..cakap saja cintai negara tapi sebenarnya nak tunjuk kepada KITA semua yang tinki handal berbahasa melayu ... terutamanya mereka yang tinggal in negara orang nak memalukan dia orang ...nasib bm ku masih boleh tahan lagi kalau tidak terperangkaplah dalam perangkap si tinki

Pam Song said...

ATTN: Zecount
– Eh eh! Udang? Tak ada lah. Janganlah selalu ingatkan semua orang bertujuan menipu dan memerangkap kamu. Tidak, saya tidak tunjuk kepada kamu semua yang saya handal berbahasa Melayu. Tidak pernah saya cakap begitu. Akan tetapi, baru kamu kata BM saya handal. Wheee! Terima kasih! Haha. Tidak dapat A1 tapi dipuji orang yang dapat A1 pun boleh lah. =p

Anonymous said...

AH HA ...itu lah bukti ...sah sah ...itu lah tujuan dia berbahasa melayu ...sengaja nak dipuji-puji oleh orang lain ... sengaja nak diangkat-angkat, dimegah-megahkan ...dah masuk dalam perangkap ku pula ... terbongkar juga rahsia tinki ...itulah "udang"nya!!!

Pam Song said...

Haha. Dunia impian ke kamu tinggal? Semacam kedengaran suara misteri dan ternampak bukti-bukti yang tidak terlihat. Jaga diri kamu, ya. Tidak baik kalau masalah ini diteruskan. Nanti nanti kekal pula.

Anonymous said...

cheh ... cubaan anda untuk menafi and melarikan diri dengan alasan-alasan yang tak munasabah tak diterima ... bukti JELAS kelihatan ...baik kau mengaku saja tinki

Pam Song said...

Eh tak ada! Tidak akan aku mengaku. Jangan engkau fitnah aku sebarangan!

Anonymous said...

ah ... saya tidak fitnah ...kata-kata saya semuanya betul dan sahih

Pam Song said...

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
Keluhuran perlembagaan.
Kedaulatan undang-undang.
Kesopanan dan kesusilaan.

Zecount tidak mematuhi prinsip yang terakhir.

Pam Song said...

Eh, not bad, right? I still remember, man!

Anonymous said...

eh eh eh eh bm lah tinki ... dan saya sangat lah sopan lah .... tidak pun dari 5 prinsip saya dah dapat 4 boleh lah ...masih HD HAHAHAH

Pam Song said...

Oh, soli soli. Lupa pula aku. Haha. Eleh. Ujian ini, kalau tak dapat penuh, apa pun tak dapat.

Anonymous said...

eleh dapat markah penuh juga tak dapat apa-apa pun ~~

Pam Song said...

Eh eh, mana kamu tau? Tengoklah. Asyik asyik tengok belah negatif sahaja. Tsk tsk.

Anonymous said...

bukannya belah negative ..tapi realitinya, logiknya ..praktisnya memang lah tiada lah apa- apa pulangan ...cheh tinki talks pun tiadanya apa-apa hadiah untuk pengunjung-pengunjung setianya (macam saya) ..

Pam Song said...

Aiseh! Tiba-tiba ini yang keluar. Ish. Mestikah semua yang diminati (seperti membaca Tinki Talks yang cukup kelakar dan memerangsangkan fikiran terbuka) mendatangkan faedah dalam bentuk hadiah? Kawan, tiba masanya kamu memberi fokus kepada manfaat yang mendalam seperti ilmu. =p

Post a Comment

Talk to me!